Home > Usahawan > Keberkesanan Sikap Diri – Part 1

Keberkesanan Sikap Diri – Part 1

Setiap hari kita berinteraksi dengan orang lain dengan pelbagai cara. Kita tidak tinggal sendirian dalam dunia ini. Samada interaksi-interaksi itu boleh menjadi berkesan sepenuhnya bagi kedua-dua pihak, ia bergantung kepada cara, kejelasan dan nilai keadilan ( fairness ) apabila kita memberi pandangan dan pendapat . Sikap diri yang berkesan sebenarnya sudah ada secara natural sejak kita dilahirkan lagi.

Secara amnya, terdapat sembilan kemahiran yang berpengaruh mengenai cara berurusan dengan manusia yang sudah sedia ada dalam diri kita tetapi dalam tahap-tahap yang berbeza : Etika Diri ( Personal Ethic ), Keboleh-sesuaian ( Adaptability ), kebijaksanaan ( Tact ), keboleh-percayaan (Credibility), rangkaian komunikasi (Intercommunication), keboleh-pujukan ( Persuasiveness ), bermatlamat ( Objectivity ), berinisiatif ( Initiative ) dan disiplin diri ( Self-discipline ). Walaupun terdapat pertindihan maksud diantara beberapa kemahiran tersebut, ( contohnya ā€“ tact, intercommunication dan persuasiveness ), tiap-tiap satu akan dianggap sebagai satu entiti yang berbeza.

Sembilan kemahiran cara berurusan dengan manusia ini adalah sebagai panduan untuk merealisasi dan menguatkan kebolehan dan kemahiran ā€˜ interpersonal ā€˜ kita apabila berurusan dengan orang lain. Keberkesanan sikap diri yang positif akan dicapai bilamana kita secara beretika boleh mendapatkan Keyakinan ( Confidence ), penghormatan ( Respect ) dan kerjasama ( Cooperation ) dalam urusan kita dengan orang lain. Ia adalah kunci utama ke arah Kepimpinan ( leadership ) yang mana amat penting dalam banyak aspek dan hala tuju kehidupan kita.

Tujuan kita adalah untuk mengadakan suasana dimana segala keputusan dan persetujuan yang dibuat, boleh dicapai dalam keadaan yang harmoni dan dapat memberi menafaat dan kejayaan kepada semua. Segala informasi , arahan dan hala tuju kemudiannya boleh diberi atau diterima secara membina . Dengan ini, kerja-kerja dapat disiapkan dan semua pihak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Seseorang yang melalui proses yang mampu memberi kejayaan ini akan sentiasa memperolehi kepuasan dan keyakinan diri kearah mencapai kemuncak Kemahiran Keberkesanan Diri dalam lingkungan kebolehan dirinya yang asal.

Gunakan sembilan kemahiran berurusan dengan manusia ini untuk mencapai keberkesanan sikap diri yang positif dalam situasi dan pengalaman kita sendiri setiap hari. Beri penekanan untuk menambah-baikan dan menguatkan beberapa kemahiran tersebut yang sedia ada pada diri. Cubalah melatih beberapa kemahiran lain yang belum berkesan melalui usaha-usaha berterusan dan memberi tumpuan kepada latihan-latihan:

Categories: Usahawan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: