Home > Usahawan > Your Passion

Your Passion

Dapatkan Bimbingan

Apabila anda sudah mengenal-pasti keghairahan ( passion ) anda, dimanakah anda boleh dapatkan pertolongan untuk menukarkan keghairahan anda itu menjadi satu konsep perniagaan yang berdaya maju? Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh lakukan:

Pertama, anda boleh berjumpa dengan agensi-agensi kerajaan yang dikhususkan untuk membantu bakal usahawan seperti SME Corporation, MARA, PNS, MARDI, SIRIM dll. Anda mesti bersikap proaktif. Jangan malu dan segan. Ingatlah, sekiranya anda tidak mengunjungi mereka, andalah sebenarnya yang rugi. Mereka tidak rugi malahan mereka diberikan tanggung-jawab dan dana dalam jumlah jutaan untuk membantu orang-orang seperti anda.

Kedua, hadirkan diri dalam seminar-seminar yang dijalankan oleh badan-badan kerajaan contohnya. Biasanya seminar-seminar ini samada percuma atau dikenakan sedikit bayaran sahaja. Anda akan mendapat pendedahan mengenai industri terutama dalam bidang yang anda minati. Anda juga berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang berpengalaman dalam industri tersebut. Anda akan mendapat informasi samada bidang yang anda minati itu atau konsep perniagaan yang anda ingin ceburi itu berpotensi atau tidak. Anda juga berkemungkinan dapat bertemu dengan mentor yang boleh memberikan sokongan emosi dan informasi secara praktikal yang diperlukan untuk menukarkan keghairahan anda kepada perniagaan yang menguntungkan.

Adakah anda bersetuju sekiranya saya katakan: “ Pekerjaan anda sekarang ini agak mustahil untuk menaikkan taraf hidup anda !” Ataupun saya katakan agak mustahil untuk menjana pendapatan sebagaimana kemampuan sebenar anda dengan pekerjaan anda sekarang ini, disebabkan oleh beberapa faktor tertentu diluar bidang kuasa anda.

Saya harap anda tidak salah faham dengan apa yang saya katakan itu. Memang tidak dinafikan anda boleh mendapatkan lebih banyak pendapatan dengan suatu pekerjaan. Anda boleh menuntut kenaikkan gaji setiap tahun, bekerja lebih masa atau mencari pekerjaan lain yang lebih tinggi gajinya. Tetapi keadaan anda tetap juga tidak banyak berubah, mungkin juga hanya sedikit perubahan yang didapati.

Categories: Usahawan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: