Home > 1 > Masaalah Mental Penduduk Malaysia

Masaalah Mental Penduduk Malaysia

KUALA LUMPUR: Bilangan penduduk Malaysia yang mempunyai masalah mental berpunca daripada tekanan hidup makin meningkat sehingga membunuh diri.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata hospital kerajaan menerima 379,010 pesakit luar untuk rawatan psikiatri tahun lalu berbanding 324,344 tahun sebelumnya.

“Nisbah yang membunuh diri juga meningkat iaitu 12 untuk 100,000 penduduk berbanding hanya lapan bagi 100,000 penduduk pada sekitar 80-an,” katanya pada Persidangan Perubatan Psikologikal Malaysia, ke-14 di sini, semalam. Ucapan beliau dibacakan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Datuk Dr Azmi Shafie.

Liow berkata, di seluruh dunia, kadar membunuh diri juga tinggi iaitu 16 daripada 100,000 penduduk atau satu kematian bagi setiap 40 saat.

“membunuh diri adalah masalah kesihatan yang sangat kompleks dan makin meningkat.

“Dalam tempoh 45 tahun, kadar kes membunuh diri meningkat 60 peratus di seluruh dunia,” katanya.

Berikutan peningkatan jumlah pesakit itu, Liow berkata, kementerian menerima peruntukan tambahan RM4 juta untuk dadah antipsikotik tahun lalu.

Sementara itu, Dr Azmi berkata, schizophrenia adalah penyakit mental paling utama di negara ini.

Namun, katanya masyarakat Malaysia kurang kesedaran berhubung penyakit mental menyebabkan pesakit tidak diberi rawatan segera.

“Kebanyakan rakyat kita tidak begitu mengambil berat mengenai penyakit mental dan suka menggunakan khidmat tradisional,” katanya.

Naib Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Abdul Kadir Abu Bakar, berkata statistik dan kajian menunjukkan peningkatan masalah mental di kalangan penduduk Malaysia.

“Kajian Kementerian Kesihatan pada 2006 juga menunjukkan hampir 20 peratus penduduk mempunyai masalah mental ini dan ia akan terus meningkat,” katanya.

Sumber: Berita Harian…. 19 Jun 2009

Categories: 1
  1. The FonZ
    January 23, 2010 at 12:55 am

    Mentally sick?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: