Home > 1 > Impian Seorang Usahawan

Impian Seorang Usahawan

Anda telah membuat keputusan untuk memulakan perniagaan? Mungkin anda mempunyai idea yang bernas, dan anda sedang memikirkan samada idea itu berdaya maju atau tidak. Atau mungkin anda baru saja diberhentikan kerja, atau pun sudah bosan dengan pekerjaan anda sekarang dan sedang mencari alternatif atau anda seorang graduan yang belum mendapat pekerjaan lagi atau pun usia persaraan anda semakin hampir.

Walau siapa pun anda sekarang atau anda berada dalam situasi apa pun, anda berhak untuk impikan sesuatu yang besar dalam kehidupan. Sesuatu itu ialah impian anda yang anda akan berusaha untuk menjadikannya satu kenyataan. Impian saya untuk menjadi usahawan hadir setelah sepuluh tahun saya makan gaji di sebuah syarikat pengeluar makanan multi-nasional yang besar. Pada masa itu, saya sudah menjawat jawatan yang tinggi sebagai seorang pengurus kejuruteraan. Sejak itu, saya tertanya-tanya manusia seperti manakah yang akan tertarik untuk menjadi usahawan? Terutamanya, apakah ciri-ciri seorang usahawan berjaya? Cumanya, saya bersikap pasif, tidak berusaha mencari informasi dan jalan-jalan kearah menjadi seorang usahawan. Impian tinggal impian. Sekiranya saya boleh kembalikan masa itu, saya akan bertindak lebih proaktif. Saya akan impikan impian yang besar. Impian sebenar saya bermula dua tahun selepas itu.

 Cuba fikirkan kata-kata ini ” Anda boleh goyang kaki untuk merasa seperti menjadi orang kaya, tetapi anda tidak boleh goyang kaki untuk menjadi kaya ”. Impian tidak sama dengan angan-angan atau khayalan. Berapa banyak lagi masa anda perlukan untuk goyang kaki sahaja? Mat Jenin tidak sama dengan mentor saya Tan Sri Mustapha Kamal, Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Berhad.

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: