Home > Usahawan > Siapa Usahawan Sebenar ?

Siapa Usahawan Sebenar ?

Pernahkah anda terfikir untuk menjadi seorang usahawan ? Adakah anda tahu erti sebenar usahawan ? Usahawan sebagaimana yang anda inginkan ? Adakah anda terpengaruh dengan cerita-cerita drama swasta dalam tv ? Terlalu banyak persoalan kan ? Pernahkah anda terbaca satu slogan sebuah kementerian kerajaan Malaysia yang mengatakan “ Usahawan sebagai satu kerjaya ?”.

Jika anda pernah terfikir soalan-soalan seperti di atas, itu bermakna anda telah pun pernah mendapat ilham untuk menjadi seorang usahawan. Seronok ke jadi usahawan ni ? Sebelum saya menceburkan diri dalam dunia keusahawanan, saya sendiri pun tidak mengetahui apa-apa mengenai istilah usahawan. Semasa sembang-sembang sambil minum teh tarik dua belas tahun dahulu, seorang kawan mengatakan bahawa istilah usahawan ni mungkin bermaksud seseorang yang berusaha dan juga ‘ melawan ‘. Melawan apa ? Tanya saya. Usahawan adalah ‘ Special Breed ‘ dan bukan milik semua orang biasa.

Perkataan usahawan sering kali digunakan untuk mendefinasikan seseorang yang berniaga. Kadang-kadang hanya sedikit terbabit dengan perniagaan pun sudah digelar usahawan. Tidak salah sebenarnya tetapi anda harus pergi lebih jauh lagi. Mempunyai suatu perniagaan yang berjaya pun bukanlah lagi bermakna anda seorang usahawan yang sebenar. Usahawan selalunya mempunyai pemikiran yang berbeza kerana mereka adalah berbeza dari segi pancaindera dalaman. Mereka menggunakan kekuatan ini untuk meneruskan usaha-usaha mereka sehingga berjaya. Kekuatan inilah yang diperlukan sebagai tonik untuk mencapai kejayaan.

Categories: Usahawan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: