Archive

Archive for January, 2010

Keberkesanan Sikap Diri – Part 1

January 23, 2010 Leave a comment

Setiap hari kita berinteraksi dengan orang lain dengan pelbagai cara. Kita tidak tinggal sendirian dalam dunia ini. Samada interaksi-interaksi itu boleh menjadi berkesan sepenuhnya bagi kedua-dua pihak, ia bergantung kepada cara, kejelasan dan nilai keadilan ( fairness ) apabila kita memberi pandangan dan pendapat . Sikap diri yang berkesan sebenarnya sudah ada secara natural sejak kita dilahirkan lagi.

Secara amnya, terdapat sembilan kemahiran yang berpengaruh mengenai cara berurusan dengan manusia yang sudah sedia ada dalam diri kita tetapi dalam tahap-tahap yang berbeza : Etika Diri ( Personal Ethic ), Keboleh-sesuaian ( Adaptability ), kebijaksanaan ( Tact ), keboleh-percayaan (Credibility), rangkaian komunikasi (Intercommunication), keboleh-pujukan ( Persuasiveness ), bermatlamat ( Objectivity ), berinisiatif ( Initiative ) dan disiplin diri ( Self-discipline ). Walaupun terdapat pertindihan maksud diantara beberapa kemahiran tersebut, ( contohnya – tact, intercommunication dan persuasiveness ), tiap-tiap satu akan dianggap sebagai satu entiti yang berbeza.

Sembilan kemahiran cara berurusan dengan manusia ini adalah sebagai panduan untuk merealisasi dan menguatkan kebolehan dan kemahiran ‘ interpersonal ‘ kita apabila berurusan dengan orang lain. Keberkesanan sikap diri yang positif akan dicapai bilamana kita secara beretika boleh mendapatkan Keyakinan ( Confidence ), penghormatan ( Respect ) dan kerjasama ( Cooperation ) dalam urusan kita dengan orang lain. Ia adalah kunci utama ke arah Kepimpinan ( leadership ) yang mana amat penting dalam banyak aspek dan hala tuju kehidupan kita.

Tujuan kita adalah untuk mengadakan suasana dimana segala keputusan dan persetujuan yang dibuat, boleh dicapai dalam keadaan yang harmoni dan dapat memberi menafaat dan kejayaan kepada semua. Segala informasi , arahan dan hala tuju kemudiannya boleh diberi atau diterima secara membina . Dengan ini, kerja-kerja dapat disiapkan dan semua pihak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Seseorang yang melalui proses yang mampu memberi kejayaan ini akan sentiasa memperolehi kepuasan dan keyakinan diri kearah mencapai kemuncak Kemahiran Keberkesanan Diri dalam lingkungan kebolehan dirinya yang asal.

Gunakan sembilan kemahiran berurusan dengan manusia ini untuk mencapai keberkesanan sikap diri yang positif dalam situasi dan pengalaman kita sendiri setiap hari. Beri penekanan untuk menambah-baikan dan menguatkan beberapa kemahiran tersebut yang sedia ada pada diri. Cubalah melatih beberapa kemahiran lain yang belum berkesan melalui usaha-usaha berterusan dan memberi tumpuan kepada latihan-latihan:

Categories: Usahawan

Tip-Tip Khidmat Pelanggan – Bah. 1

January 14, 2010 6 comments

TIPS KHIDMAT PELANGGAN

Perniagaan ialah mendapatkan   pelanggan dan menjadikan mereka pelanggan yang setia.

  • Elemen utama perniagaan ialah untuk mendapatkan dan mengekalkan pelanggan. Perniagaan bukan hanya setakat memenuhi semua keperluan mereka, tetapi memberikan sesuatu yang melebihi keperluan mereka.
  • Ini bermakna pelanggan mendapat satu produk dan perkhidmatan melebihi dari apa yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing kita.
  • Dengan itu, pelanggan telah diajar untuk sentiasa mengharapkan sesuatu yang  istimewa dan melebihi keperluan mereka sebagai satu piawaian untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan.
  • Pesaing-pesaing akan merasakan kehendak pelanggan seperti  ini sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan enggan untuk memberikan layanan.
  • KESAN : Satu pelanggan yang dimenangi oleh kita dan satu pesaing yang tewas.

 

  • TIP : Jangan tunggu, bertindak segera, ambil inisiatif dan bersikap proaktif. Menerajui pasaran adalah mengenai idea dan piawaian.

 

 Menggalakkan pelangan membuat aduan

 

  • Apa ? Menggalakkan pelanggan membuat aduan ? Ya, betul.
  • Hanya 25 % pelanggan yang tidak puas hati akan memberitahu kita mengenai ketidakpuasan hati mereka.
  • Yang selebihnya akan memberitahu kawan-kawan mereka dan saudara-mara mereka dan seterusnya membeli daripada pesaing kita.
  • Anggaplah setiap aduan sebagai maklum balas yang positif.
  • Sekiranya kita berupaya mendapatkan maklum balas  daripada 75 % yang selebihnya ini, bukan sahaja kita berpeluang untuk menyelesaikan ketidakpuasan hati mereka, berkemungkinan besar mereka akan terus kekal menjadi pelanggan yang setia.
  • Pelanggan yang tidak membuat aduan atau memberi maklum balas tidak bermakna mereka berpuas hati.
  • KESAN : Pelanggan yang berpuas hati kerana mendapat layanan yang baik bukan sahaja menjadi lebih setia, mereka juga berkemungkinan besar akan menceritakan kepada kawan-kawan dan saudara-mara mereka. Ini adalah promosi secara percuma, yang dinamakan promosi dari mulut ke mulut.
  • TIP : Bagaimana kita boleh menggalakkan pelanggan memberi maklum-balas ? Hubungi pelanggan, bekas pelanggan dan bukan pelanggan secara panggilan telefon, email, berjumpa dengan mereka. Jangan lupa memberi ucapan terima kasih kepada mereka. Anggaplah mereka sebagai juru perunding percuma.

 

 

 Program Pengekalan Pelanggan

 

  • Jika kita tidak memberi menafaat dan sebab-sebab yang baik kenapa pelanggan- pelanggan kita mesti menjadi pelanggan yang setia, pesaing-pesaing kita akan memberikan alasan-alasan  kepada mereka untuk meninggalkan kita.
  • Ubah status pelanggan daripada berpuas hati kepada kesetiaan.
  • Adakan program anugerah dan insentif untuk pelanggan.
  • Menyediakan produk dan perkhidmatan mengikut cita-rasa pelanggan.
  • Menyediakan latihan dan tanggung jawab kepada pekerja untuk khidmat pelanggan yang cemerlang.
  • Berikan tindak balas terhadap keperluan-keperluan pelanggan dengan segera dan cekap.
  • Buat analisa terhadap perkara-perkara yang penting untuk pelanggan dan sentiasa menambah nilai.
  • Ketahui dengan jelas dan tepat apa kemahuan pelanggan dalam hubungan dengan kita.
  • KESAN : Kajian dalam pelbagai industri menunjukkan bahawa mengekalkan satu pelanggan sedia ada dapat menggandakan  keuntungan diantara lima hingga tujuh kali berbanding dengan mendapat satu pelanggan baru.
  • TIP : Menjadi cukup bagus sahaja adalah tidak mencukupi dalam menghadapi persaingan masa kini. Beri alasan untuk mereka menjadi setia.
Categories: 1

Masaalah Mental Penduduk Malaysia

January 12, 2010 1 comment

KUALA LUMPUR: Bilangan penduduk Malaysia yang mempunyai masalah mental berpunca daripada tekanan hidup makin meningkat sehingga membunuh diri.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata hospital kerajaan menerima 379,010 pesakit luar untuk rawatan psikiatri tahun lalu berbanding 324,344 tahun sebelumnya.

“Nisbah yang membunuh diri juga meningkat iaitu 12 untuk 100,000 penduduk berbanding hanya lapan bagi 100,000 penduduk pada sekitar 80-an,” katanya pada Persidangan Perubatan Psikologikal Malaysia, ke-14 di sini, semalam. Ucapan beliau dibacakan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Datuk Dr Azmi Shafie.

Liow berkata, di seluruh dunia, kadar membunuh diri juga tinggi iaitu 16 daripada 100,000 penduduk atau satu kematian bagi setiap 40 saat.

“membunuh diri adalah masalah kesihatan yang sangat kompleks dan makin meningkat.

“Dalam tempoh 45 tahun, kadar kes membunuh diri meningkat 60 peratus di seluruh dunia,” katanya.

Berikutan peningkatan jumlah pesakit itu, Liow berkata, kementerian menerima peruntukan tambahan RM4 juta untuk dadah antipsikotik tahun lalu.

Sementara itu, Dr Azmi berkata, schizophrenia adalah penyakit mental paling utama di negara ini.

Namun, katanya masyarakat Malaysia kurang kesedaran berhubung penyakit mental menyebabkan pesakit tidak diberi rawatan segera.

“Kebanyakan rakyat kita tidak begitu mengambil berat mengenai penyakit mental dan suka menggunakan khidmat tradisional,” katanya.

Naib Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Abdul Kadir Abu Bakar, berkata statistik dan kajian menunjukkan peningkatan masalah mental di kalangan penduduk Malaysia.

“Kajian Kementerian Kesihatan pada 2006 juga menunjukkan hampir 20 peratus penduduk mempunyai masalah mental ini dan ia akan terus meningkat,” katanya.

Sumber: Berita Harian…. 19 Jun 2009

Categories: 1

Brand Yourself…

January 12, 2010 Leave a comment

A. BRAND

  •  What is a Brand ?
    • A mixture of :
      • A Company
      • Product and/or Service
      • Quality
      • Rational Features
      • Emotional Features
      • Brand Positioning
      • Brand Communication
      • Brand Management

 

  • Why Brand is important ?
    • To differentiate from competitors in terms of companies and product/service. A Brand Strategy is needed.
    • Easier access to market
    • Provide Return of Investment ( ROI ) through Sustained profit.
    • No Product life cycle ( Longevity )

 

  • Brand Myths :
    • A Brand is a Logo – Logo is just a communication device. A Logo reminds consumers of the company and product/service whether good ( quality product/service ) or bad ( bad product/service ).
    • Brand is Advertising – Advertising and design is just an execution tool of branding. It helps to communicate the brand message to consumers. It is Tactical and not Strategic. Strategy is needed to drive it for success.
    • A Brand is a well-known Name – A well-known for what?. Well-known Names are not necessarily well-known Brand unless that Brand has Values.
    • A Brand is a good quality product/service – Good quality product/service is not enough. Quality used to be a rare feature but now many can have quality program. Excellent service is still an advantage. Emotional Features of the brand relationship is a requirement now on top of quality and excellent service.
Categories: English Version

Your Passion

January 12, 2010 Leave a comment

Dapatkan Bimbingan

Apabila anda sudah mengenal-pasti keghairahan ( passion ) anda, dimanakah anda boleh dapatkan pertolongan untuk menukarkan keghairahan anda itu menjadi satu konsep perniagaan yang berdaya maju? Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh lakukan:

Pertama, anda boleh berjumpa dengan agensi-agensi kerajaan yang dikhususkan untuk membantu bakal usahawan seperti SME Corporation, MARA, PNS, MARDI, SIRIM dll. Anda mesti bersikap proaktif. Jangan malu dan segan. Ingatlah, sekiranya anda tidak mengunjungi mereka, andalah sebenarnya yang rugi. Mereka tidak rugi malahan mereka diberikan tanggung-jawab dan dana dalam jumlah jutaan untuk membantu orang-orang seperti anda.

Kedua, hadirkan diri dalam seminar-seminar yang dijalankan oleh badan-badan kerajaan contohnya. Biasanya seminar-seminar ini samada percuma atau dikenakan sedikit bayaran sahaja. Anda akan mendapat pendedahan mengenai industri terutama dalam bidang yang anda minati. Anda juga berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang berpengalaman dalam industri tersebut. Anda akan mendapat informasi samada bidang yang anda minati itu atau konsep perniagaan yang anda ingin ceburi itu berpotensi atau tidak. Anda juga berkemungkinan dapat bertemu dengan mentor yang boleh memberikan sokongan emosi dan informasi secara praktikal yang diperlukan untuk menukarkan keghairahan anda kepada perniagaan yang menguntungkan.

Adakah anda bersetuju sekiranya saya katakan: “ Pekerjaan anda sekarang ini agak mustahil untuk menaikkan taraf hidup anda !” Ataupun saya katakan agak mustahil untuk menjana pendapatan sebagaimana kemampuan sebenar anda dengan pekerjaan anda sekarang ini, disebabkan oleh beberapa faktor tertentu diluar bidang kuasa anda.

Saya harap anda tidak salah faham dengan apa yang saya katakan itu. Memang tidak dinafikan anda boleh mendapatkan lebih banyak pendapatan dengan suatu pekerjaan. Anda boleh menuntut kenaikkan gaji setiap tahun, bekerja lebih masa atau mencari pekerjaan lain yang lebih tinggi gajinya. Tetapi keadaan anda tetap juga tidak banyak berubah, mungkin juga hanya sedikit perubahan yang didapati.

Categories: Usahawan

January 11, 2010 Leave a comment

free counters

Categories: 1
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.